Skip to main content

Sukan

MMA: McGregor umum bersara ... buat kali kedua

Jaguh seni bela diri MMA Conor McGregor mengumumkan persaraannya dari sukan itu pada Selasa (26 Mac), lima bulan selepas tewas di tangan Khabib Nurmagomedov dalam satu pertarungan penuh kontroversi di Las Vegas.

Anggaran Waktu Membaca:
MMA: McGregor umum bersara ... buat kali kedua

Conor McGregor. (Gambar: thenotoriousmma/Instagram)

Diterbitkan : 26 Mar 2019 10:08PM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 10:12PM

REUTERS: Jaguh seni bela diri MMA Conor McGregor mengumumkan persaraannya dari sukan itu pada Selasa (26 Mac), lima bulan selepas tewas di tangan Khabib Nurmagomedov dalam satu pertarungan penuh kontroversi di Las Vegas.

Atlit berusia 30 tahun dari Ireland itu bersara dengan rekod 21 kemenangan dan empat kekalahan. Beliau masih digantung oleh Suruhanjaya Atletik Wilayah Nevada atas pelibatannya dalam satu pergaduhan yang tercetus selepas bertarung dengan Nurmagomedov Oktober lalu.

"Hei semua, ini satu pengumuman ringkas; saya buat keputusan untuk bersara dari sukan yang secara rasmi dikenali sebagai 'Mixed Martial Art' hari ini" menurut McGregor dalam laman Twitter rasminya.

"Saya doakan yang terbaik buat rakan-rakan seperjuangan saya bagi pertarungan akan datang. Saya kini menyertai bekas atlit MMA lain dalam perjalanan ini yang juga sudah bersara."

McGregor, yang tidak pernah terlepas dari kontroversi sepanjang kerjayanya, didakwa pada April 2018 dengan tiga tuduhan mengakibatkan kecederaan dan satu perbuatan nakal selepas pihak polis menyatakan beliau menyerang penumpang dalam sebuah bas di New York yang membawa para atlit UFC.

Beliau juga diberkas di Florida awal bulan ini dalam satu insiden berasingan setelah menghempas telefon milik seorang peminat.

Ini merupakan kali kedua McGregor mengumumkan di Twitter bahawa beliau memutuskan untuk "bersara".

Sebulan selepas tewas kepada Nate Diaz pada Mac 2016, beliau membuat keputusan untuk "bersara pada usia yang muda". Namun beliau kembali ke gelanggang dan menewaskan lawan yang sama pada tahun itu juga. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita