Skip to main content

Sukan

MMA: McGregor dedahkan punca ditewaskan Khabib

Bintang seni bela diri campuran atau MMA, Conor McGregor akhirnya merungkai tentang kesilapan yang dibuatnya sehingga tewas di tangan Khabib Nurmagomedov di Las Vegas, 7 Oktober lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
MMA: McGregor dedahkan punca ditewaskan Khabib

Perlawanan antara McGregor dengan Khabib. (Gambar: thenotoriousmma/Instagram)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 02:23PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 02:28PM

IRELAND: Bintang seni bela diri campuran atau MMA, Conor McGregor akhirnya merungkai tentang kesilapan yang dibuatnya sehingga tewas di tangan Khabib Nurmagomedov di Las Vegas, 7 Oktober lalu.

Malah, beliau turut akur dengan keputusan tersebut dan menyifatkan kekalahan itu sebagai "adil dan saksama".

McGregor mengakui melakukan teknik yang salah semasa pertarungan tersebut, sekali gus menyebabkan beliau ditewaskan Khabib di pusingan keempat.

"Saya membuat kesilapan kritikal dengan mengabaikan 'overhook' saya pada saat yang penting, sekali gus mendedahkan bahagian belakang saya, yang akhirnya saya ditewaskan secara adil.

"Apa yang boleh saya katakan? Ia pertarungan yang hebat dan saya menyukainya. Saya akan kembali dengan keyakinan yang tinggi. Bersiap sedialah," kata McGregor di akaun Instagram miliknya.

Menurut beliau lagi, beliau tiada masalah sekiranya pertarungan semula dengan Khabib tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita