Mike Tyson seri dengan Roy Jones Jr dalam pertarungan pertunjukan
Bekas juara heavyweight, Mike Tyson seri dengan Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan di Los Angeles pada Sabtu (28 Nov).
Mike Tyson. (Gambar: Miketyson/Instagram)
LOS ANGELES: Bekas juara heavyweight, Mike Tyson seri dengan Roy Jones Jr dalam satu perlawanan pertunjukan di Los Angeles pada Sabtu (28 Nov).
Walaupun sudah 15 tahun tidak beraksi, terdapat saat-saat Tyson, 54 tahun, menunjukkan ketangkasan seperti pada kemuncak kerjayanya.
Selepas lapan pusingan dua minit, Tyson diputuskan seri dengan Jones oleh panel pengadil tidak rasmi.
Ini meskipun beliau kelihatan berhasil menguasai Jones.
Sungguhpun demikian, Tyson menerima keputusan itu.
Jones, 51 tahun, yang kelihatan letih dan mendakap Tyson banyak kali semasa pertarungan itu, tidak berpuas hati dengan prestasinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.