Mike Tyson bakal berentap dengan Roy Jones Jr malam ini
Bekas juara heavyweight Mike Tyson bakal berentap dengan Roy Jones Jr malam nanti (28 Nov) dalam satu pertarungan pertunjukan di Los Angeles.
Mike Tyson. (Gambar: Miketyson/Instagram)
LOS ANGELES: Bekas juara heavyweight Mike Tyson bakal berentap dengan Roy Jones Jr malam nanti (28 Nov) dalam satu pertarungan pertunjukan di Los Angeles.
Meskipun usia kedua-dua petinju sudah menjangkaui separuh abad, ternyata Mike dan Roy masih mempunyai tubuh yang tegap yang tidak mengenal usia.
'Iron Mike', 54 tahun, mencatat berat badan 99.7 kilogram dan Roy Jones, 95.2 kilogram.
Kedua-dua legenda tinju itu kelihatan tenang ketika bersemuka.
Namun mereka sudah bertungkus-lumus untuk membuat penampilan terbaik dalam perlawanan yang pasti mencetuskan kenangan zaman kegemilangan mereka.
Perlawanan di Staples Centre nanti merangkumi lapan pusingan selama dua minit setiap satu, tanpa pengadilan rasmi.
Namun keganasan dihadkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.