Messi tinggalkan PSG selepas dua tahun
Anggaran Waktu Membaca:
PARIS: Lionel Messi menamatkan kerjayanya di Paris St Germain (PSG) pada musim ini selepas dua tahun bersama kelab Ligue 1 itu.
"Selepas dua musim di ibu kota Perancis, masa Leo Messi bersama Paris St Germain akan berakhir pada hujung kempen 2022-2023," kata PSG dalam satu kenyataan
pada Sabtu (3 Jun).
Terdapat banyak spekulasi mengenai masa depan pemenang Piala Dunia bersama Argentina itu di PSG. Satu sumber yang rapat dengan kapten Argentina itu memberitahu Reuters bahawa Messi sudah menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al Hilal, bagi saingan musim depan.
Messi juga hangat dikaitkan dengan kepulangan ke kelab kegemarannya sejak kecil, Barcelona. Kelab Liga Bola Sepak Utama Amerika Syarikat, Inter Miami juga disebut-sebut sebagai salah satu destinasi bintang bola sepak itu.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Leo Messi atas sumbangannya selama dua musim ini di Paris. Untuk menyaksikan pemenang Ballon d'Or sebanyak tujuh kali menyarungkan jersi PSG di stadium Parc des princes, memenangi piala Ligue 1 berturut-turut dan memberi inspirasi kepada pemain muda adalah satu penghormatan," kata presiden PSG Naseer al-Khelafi dalam satu kenyataan kelab itu.
Walupun Messi menjaringkan 21 gol dan 20 sumbangan buat PSG dalam kesemua pertandingan musim ini, dia gagal untuk memberi kesan besar di PSG semasa dua musim bersama kelab itu.
Bekas pemain Barcelona itu juga tidak dapat membantu PSG melepasi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Messi meninggalkan PSG dengan kekalahan 2-3 di tangan Clermont Foot dalam perlawanan terakhir Ligue 1 awal pagi tadi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.