Skip to main content

Sukan

Messi terima anugerah berprestij Princess of Asturias

Legenda bola sepak, Lionel Messi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess of Asturias untuk sukan bagi 2026 pada Rabu (3 Jun), lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi terima anugerah berprestij Princess of Asturias

Legenda bola sepak, Lionel Messi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess of Asturias untuk sukan bagi 2026. (Gambar: Instagram/liveherewego)

Diterbitkan : 04 Jun 2026 10:35AM
MADRID: Legenda bola sepak, Lionel Messi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess of Asturias untuk sukan bagi 2026 pada Rabu (3 Jun), lapor Xinhua.

Penghormatan itu diperolehinya hanya beberapa hari selepas Messi disenaraikan dalam skuad Piala Dunia FIFA Argentina bagi apa yang bakal menjadi penampilan keenamnya dalam kejohanan tersebut sepanjang kerjaya.

Anugerah berkenaan mengiktiraf bakat luar biasa pemain berusia 38 tahun itu, perjalanan kerjayanya yang cemerlang serta usaha kebajikan berterusan yang dilakukannya bagi meningkatkan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Messi mengikuti jejak bintang tenis Serena Williams sebagai tokoh sukan terbaharu menerima penghormatan tersebut.

Sejak diperkenalkan pada 1987, anugerah berkenaan pernah diberikan kepada tokoh dan pasukan sukan terkenal seperti Carolina Marín, Sebastian Coe, pasukan ragbi kebangsaan New Zealand serta pasukan bola sepak Sepanyol.

Dalam petikan juri, Messi dipuji kerana berjaya meraih penghormatan dan dikagumi ramai melalui sikap teladannya di atas padang, selain ketabahan, kerendahan hati dan komitmennya terhadap permainan berpasukan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita