Skip to main content

Sukan

Messi, Ronaldo bertembung di Liga Juara-Juara

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan bersaing dalam satu pertembungan yang dinantikan dalam musim baru Liga Juara-Juara selepas Barcelona dan Juventus diletakkan dalam kumpulan sama menerusi undian yang berlangsung pada Khamis (1 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Messi, Ronaldo bertembung di Liga Juara-Juara

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 02 Oct 2020 08:30AM Dikemas Kini : 02 Oct 2020 08:36AM

GENEVA: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo akan bersaing dalam satu pertembungan yang dinantikan dalam musim baru Liga Juara-Juara selepas Barcelona dan Juventus diletakkan dalam kumpulan sama menerusi undian yang berlangsung pada Khamis (1 Okt).

Kelab kedua-dua pemain bintang itu diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama Dynamo Kiev dari Ukraine dan kelab Hungary, Ferencvaros.

Messi dan Ronaldo akan meneruskan perseteruan mereka yang bermula sejak bintang Portugal itu di Real Madrid.

Di antara kedua-duanya, mereka telah memenangi 11 daripada 12 anugerah Ballons d'Or terakhir.

Sementara itu kelab yang mara ke peringkat akhir 2020, Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk membalas dendam ke atas Manchester United yang menyingkirkan kelab Perancis itu pada pusingan 16 terakhir dua musim lalu.

PSG juga akan bertemu RB Leipzig di Kumpulan H.

Kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir di Lisbon, Ogos lalu yang menyaksikan PSG mencatat kemenangan 3-0 sebelum tewas kepada Bayern Munich pada perlawanan final.

Sumber : AFP/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita