Skip to main content

Sukan

Messi, Rojo 'selamatkan' maruah Argentina, sumbang gol kemenangan kalahkan Nigeria

Argentina menempa tempat dalam 16 pasukan terakhir Piala Dunia selepas mengalahkan Nigeria 2-1 dalam perlawanan aksi akhir kumpulan D.

Anggaran Waktu Membaca:
Messi, Rojo 'selamatkan' maruah Argentina, sumbang gol kemenangan kalahkan Nigeria

Marcos Rojo (kanan) meraikan kemenangannya dengan Lionel Messi dalam perlawanan menentang Nigeria. (Gambar: Gabriel Bouys/AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 04:29PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 04:36PM

SAINT PETERSBURG: Argentina menempa tempat dalam 16 pasukan terakhir Piala Dunia selepas mengalahkan Nigeria 2-1 dalam perlawanan aksi akhir kumpulan D.

Pemain Barcelona Lionel Messi membuka tirai jaringan bagi Argentina yang perlu menang perlawanan ini atau pulang dengan tangan kosong.

Messi menyumbatkan gol pada minit ke-14 hasil hantaran jauh Ever Banega.

Bagaimanapun, Nigeria "dihadiahkan" tendangan penalti pada separuh masa kedua yang disempurnakan oleh Victor Moses pada minit ke-51.

Ketika perlawanan seolah-olah berkesudahan seri, pada minit-minit akhir perlawanan, pemain pertahanan Argentina Marcos Rojo menjadi wira pasukannya. Rembatannya berjaya membolosi gawang lawan setelah menerima hantaran daripada Gabriel Mercado pada minit ke-86.

Perlawanan berakhir dengan Nigeria tumpas 1-2 di tangan Argentina.

Argentina bakal bertemu juara Kumpulan C, Perancis di pusingan kalah mati pada 30 Jun nanti. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita