Skip to main content

Sukan

Messi pecah rekod julang Ballon d'Or buat kali ketujuh

Pemain Argentina Lionel Messi memenangi Anugerah Ballon d'Or sebagai pemain terbaik di dunia buat kali ketujuh sekali gus mencipta satu rekod baru pada Isnin (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Messi pecah rekod julang Ballon d'Or buat kali ketujuh

Gambar: AFP

Diterbitkan : 30 Nov 2021 07:50AM Dikemas Kini : 30 Nov 2021 07:53AM

PERANCIS: Pemain Argentina Lionel Messi memenangi Anugerah Ballon d'Or sebagai pemain terbaik di dunia buat kali ketujuh sekali gus mencipta satu rekod baru pada Isnin (29 Nov).

Dia mengalahkan Robert Lewandowski dan Jorginho untuk sekali lagi menjulang trofi paling berprestij dalam sukan bola sepak, lapor Reuters.

Penyerang handalan Argentina itu menambah kepada trofi Ballon d'Or yang dimenanginya pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019 selepas menjuarai Copa America buat pertama kali untuk tanah airnya pada Julai lalu.

"Sungguh luar biasa untuk memenanginya sekali lagi. Dua tahun lalu, saya fikir ia adalah kali terakhir. Menjuarai Copa America adalah kuncinya," kata Messi di Theatre du Chatelet di Perancis.

"Ia adalah tahun istimewa buat saya dengan Piala Copa America ini. Ia amat bermakna untuk memenanginya di Stadium Maracana dan saya amat teruja dapat meraikan kemenangan itu bersama seluruh rakyat Argentina.

"Saya tidak pasti sama ada ia adalah tahun terbaik dalam kehidupan saya - saya mempunyai kerjaya yang amat lama tetapi ia adalah tahun yang cukup istimewa dapat memenangi piala untuk Argentina selepas melalui tempoh yang mencabar dan mengharungi kritikan."

Lapor Reuters, Messi yang menyertai Paris St-Germain berikutan perpindahan daripada Barcelona selepas menjadi penjaring gol tertinggi pada akhir musim La Liga, meraih 613 mata manakala bintang Bayern Munich, Lewandowski yang dinobatkan sebagai penyerang terbaik pada Isnin, menyusul dengan 580 mata.

Jorginho yang menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah bersama Chelsea dan Euro 2020 bersama Itali pula menduduki tempat ketiga dengan 460 mata.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita