Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Messi bakal sertai Inter Miami setelah tinggalkan PSG

Anggaran Waktu Membaca:
MADRID: Lionel Messi bakal menandatangani kontrak yang lumayan di Arab Saudi dan berpindah ke pihak Liga Utama Bola Sepak Inter Miami sebagai ejen bebas setelah beliau menamatkan kerjayanya di Paris St Germain (PSG), lapor agensi berita BBC pada Rabu (7 Jun).


Messi, yang beraksi dalam perlawanan terakhirnya bersama PSG pada hujung minggu lalu, juga dilaporkan akan kembali ke Barcelona. Kelab Sepanyol tersebut bagaimanapun terikat disebabkan peraturan permainan adil kewangan LaLiga.
Sekiranya perjanjian dengan Miami diluluskan, pemain warga Argentina yang berusia 35 tahun itu akan beraksi di luar Eropah buat julung-julung kalinnya sejak beliau menyertai akademi Barca pada usia 13 tahun dan menjadi pemegang rekod penyumbang gol terbanyak kelab Sepanyol tersebut dengan sumbangan 672 gol.

Messi, yang memimpin pasukan Argentina untuk meraih kemenangan di Piala Dunia di Qatar Disember lalu dan sudah merangkul anugerah Ballon d'Or sebanyak tujuh kali, diiktiraf dengan Ligue 1 semasa bermain selama dua musim dengan PSF dan Piala Super Perancis 2022.

Pemain penyerang itu juga dikaitkan dengan pemindahan ke kelab Arab Saudi Al-Hilal setelah beliau menerima satu tawaran rasmi, lapor Reuters.

Arab Saudi giat berusaha untuk membawa pemain utama perlawanan tersebut ke liga itu, di mana ia berjaya meyakinkan pemain hadapan Portugal Cristiano Ronaldo untuk menyertai Al Nassr setelah berakhirnya Piala Dunia yang lalu. Pemain penyerang warga Perancis Karim Benzema juga menyertai Al Ittihad minggu ini.

Inter Miami dimiliki bersama oleh mantan kapten pasukan England, David Beckham, yang merupakan salah satu bintang utama pertama Eropah untuk beraksi di Amerika Syarikat dalam MLS. Beliau malah, berjaya memenangi Piala MLS dua kali dengan Los Angeles Galaxy.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan