Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Meski menang 2-0 lawan Crystal Palace, Arsenal mahu pikat beberapa pemain baru

Para pemain baru menyumbang besar kepada kemenangan Arsenal dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana England (EPL) menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Jumaat (5 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Meski menang 2-0 lawan Crystal Palace, Arsenal mahu pikat beberapa pemain baru

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, memberikan tepukan kepada para penyokong selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana England (EPL) antara Crystal Palace dengan Arsenal di Selhurst Park di London pada 5 Ogos 2022. Arsenal menang 2-0. (Gambar: AFP)

LONDON: Para pemain baru menyumbang besar kepada kemenangan Arsenal dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana England (EPL) menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Jumaat (5 Ogos).

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut membayangkan beberapa pemain baru dijangka akan menyertai kelab dari London itu sebelum tempoh perpindahan pemain ditutup kelak.

"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa masuk beberapa pemain baru dan jika ini tercapai ia adalah sesuatu yang akan memanfaatkan pasukan kami," dedah Arteta kepada Sky Sports selepas pasukan itu menewaskan pasukan tuan rumah Crystal Palace 2-0.

Jaringan Gabriel Martinelli pada minit ke-20 dan kemudian gol sendiri gara-gara kesilapan Marc Guehi pada minit ke-85 menghadiahkan tiga mata kepada Arsenal.

Penyerang Brazil Gabriel Jesus yang menyertai Arsenal selepas meninggalkan Manchester City bermain dengan cemerlang sepanjang perlawanan tersebut.

Seorang lagi bekas pemain Manchester City, Oleksandr Zinchenko turut memainkan peranan dalam menguatkan benteng pertahanan Arsenal.

"Gabriel Jesus begitu lincah di padang. Sukar untuk para pemain pertahanan Crystal Palace membendung kelincahannya," puji Arteta.

Pemain muda Arsenal, William Saliba, 21 tahun, turut mempamerkan prestasi yang mantap dalam perlawanan tersebut.

Menurut Arteta, gandingan Saliba dengan pemain Brazil, Gabriel Magalhaes kelihatan tenang dan meyakinkan dan beliau yakin kedua-dua pemain muda itu akan mengukuhkan benteng pertahanan Arsenal pada musim ini.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan