Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mesej tular proses pendaftaran Liga Island Wide bukan dari FAS

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menegaskan bahawa ia tidak mengeluarkan sebarang mesej berkaitan proses pendaftaran Liga Island Wide (IWL).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menegaskan bahawa ia tidak mengeluarkan sebarang mesej berkaitan proses pendaftaran Liga Island Wide (IWL).

Dalam catatan Facebook pada Rabu (23 Mac), FAS menyatakan ia maklum terhadap satu mesej yang tular menerusi online dan kumpulan sembang mengenai proses pendaftaran untuk menyertai Liga Island Wide (IWL).

Menurut FAS, mesej itu tidak dihantar oleh pihaknya dan FAS juga tidak menyokong mesej itu yang mengandungi beberapa maklumat salah.

Ini khususnya dari segi kriteria dan yuran penyertaan.

"Disebabkan oleh kenyataan palsu ini, kami menerima beberapa pertanyaan berhubung proses penyertaan bagi pertandingan IWL.

"Kami menggesa orang ramai supaya periksa langsung dengan FAS berhubung hal-hal berkaitan pertandingan yang diterajui oleh FAS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini, daripada menjadi mangsa maklumat salah sedemikian, terutama sekali apabila mereka menyertakan maklumat palsu berkaitan proses pembayaran," menurut FAS.

FAS juga menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang berunding dengan pihak berkuasa berhubung penganjuran perlawanan bola sepak amatur menyusuli pelonggaran langkah-langkah COVID-19.

"Butiran muktamad mengenai pertandingan dan proses pendaftaran rasmi akan diumumkan tepat pada masanya kerana kami masih berunding dengan pihak berkuasa bagi memastikan pertandingan sedemikian dapat dianjurkan dengan selamat dan secukupnya dengan jumlah kakitangan sewajarnya dibenarkan pada hari perlawanan," menurut FAS.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan