Menteri Dalam Negeri Malaysia tegas keselamatan pemain jadi keutamaan sepanjang musim Liga Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mohd Rasfan/AFP
ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail berkata keselamatan pemain serta seluruh pasukan menjadi keutamaan polis sepanjang musim Liga Malaysia yang bermula pada Jumaat (10 Mei).
Beliau berkata sepanjang tempoh itu mereka tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan susulan kes serangan melibatkan tiga pemain bola sepak baru-baru ini.
Encik Saifuddin Nasution juga sekali lagi mengingatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung ketiga-tiga insiden terbabit dan menyerahkan siasatan kepada polis.
"(Sebelum ini, Ketua Polis Negara) Razarudin Husain juga telah memohon supaya tidak dilanjutkan apa-apa juga bentuk spekulasi kerana sudah tentu akan menjejaskan siasatan polis," katanya ketika ditemui para wartawan pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri Bersama Persatuan Solidariti Nasional Kedah pada Sabtu (11 Mei).
Beliau berkata siasatan akan dilakukan secara menyeluruh khususnya bagi mendapatkan motif kejadian dan mengenal pasti sama ada wujud rancangan untuk menjadikan mana-mana pemain sebagai sasaran.
Encik Saifuddin Nasution turut mengingatkan semua pihak untuk tidak memuat naik hantaran bersifat menanam kebencian dengan menyasarkan pemain di media sosial.
"Jadi kalau kesan daripada hantaran yang berulang-ulang bertujuan untuk membangkitkan kebencian nanti akan ada kelompok yang kemudiannya akan bertindak mengambil tindakan sendiri...tak boleh ada langsung perbuatan untuk mencetuskan spekulasi, itu sudah tentu akan mengganggu siasatan," katanya.
Baru-baru ini, arena bola sepak di Malaysia dikejutkan dengan insiden pemain kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim, disimbah asid dan disahkan mengalami lecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Insiden malang itu adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC Muhammad Akhyar Abdul Rashid cedera kepala dan kaki selepas diserang serta disamun oleh dua individu di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

BACA:
Pada Selasa pula, pemain Johor Darul Ta'zim Safiq Rahim diserang di Johor Bahru oleh dua lelaki menaiki motosikal yang bertindak memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi.
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.