Menjelang Olimpik Tokyo, Wilayah Chiba guna Facebook papar tarikan tempatan
Menjelang temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, wilayah Chiba di Jepun kini menggunakan laman Facebook 'Chiba-no Miryoku Hasshintai' bagi mengongsi keindahannya ke seluruh dunia.

(Gambar: ちばの魅力発信隊/Facebook)
CHIBA: Menjelang temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, wilayah Chiba di Jepun kini menggunakan laman Facebook 'Chiba-no Miryoku Hasshintai' bagi mengongsi keindahannya ke seluruh dunia.
Setakat ini, laman berkenaan yang dilancarkan pada September lalu, menerima kira-kira 600 mesej daripada mereka yang menyukai Chiba, yang turut memperkenalkan keindahan wilayah itu, termasuk keunikan makanannya serta keramahan penduduknya.
Menurut kerajaan Chiba dalam satu kenyataan, pemenang dipilih daripada mereka yang mencatatkan mesej di laman itu berdasarkan jumlah disukai dan perkongsian yang diperolehi serta pemilihan oleh para pakar, termasuk seorang blogger terkenal.
Forum 'Chiba-no Miryoku Hasshintai' diadakan di Muzium Seni Wilayah Chiba baru-baru ini dan para pemenang serta mesej mereka yang mendapat sambutan yang baik juga diperkenalkan.
Menurut kenyataan itu, kerajaan wilayah berkenaan berharap lebih ramai lagi akan dapat menikmati keindahan Chiba, tempat Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, melalui laman Facebook tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.