Menang atau kalah, sokong pasukan Singa, gesa bekas jurulatih bola sepak SG Raddy Avramovic
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Matthew Mohan/CNA
SINGAPURA: Jika ada seseorang yang tahu apa yang diperlukan untuk menjuarai Kejohanan Bola Sepak ASEAN, ia pastinya Radojko "Raddy" Avramovic.
Beliau sudah tiga kali menjulang trofi kejohanan serantau tersebut sepanjang berkhidmat sebagai ketua pasukan Singapura - yang pertama pada 2004, kemudian pada 2007 dan seterusnya pada 2012.
Warga Serbia berusia 75 tahun itu satu-satunya jurulatih yang mencatatkan pencapaian sedemikian.
12 tahun sudah berlalu sejak kemenangan terakhir Singapura tetapi jasa Avramovid masih dikenang dan disanjung.
"Saya meluangkan 10 tahun di Singapura. Ia merupakan bahagian besar dalam kehidupan saya," luahnya ketika ditemui Mediacorp pada Ahad (15 Dis). "Ini rumah kedua saya."
Pada Rabu (11 Dis) sebelum berlangsungnya perlawanan Singapura menentang Kemboja di Stadium Negara, Avramovic diperkenalkan kepada khalayak ramai bersama barisan bekas pemain mahupun bekas jurulatih kecergasan Aleksandar Bozenko.
Sorakan paling gemuruh kedengaran apabila ketua jurulatih legenda itu disebut.

Avramovic diundang sebagai sebahagian daripada inisiatif sebilangan bekas pemain, termasuk bekas penyerang pasukan Singa, Aleksandar Duric, dan disokong Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Ini kali pertama Avramovic kembali ke Singapura sejak 2019.
"Jangan hiraukan keputusan perlawanan. Saya lebih puas hati apabila melihat para pemain. Saya mengenali mereka sejak mereka kecil lagi, mereka kini sudah dewasa, serius (bermain bola sepak) dan ramai daripada mereka masih beraksi (dalam bola sepak)," ujarnya.
Sejak Avramovic mengundurkan diri pada 2012, pasukan Singa belum berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan itu, yang kini dikenali sebagai Piala ASEAN Mitsubishi Electric.
Prestasi Singapura terus tidak menentu, dengan pesaing-pesaing serantau sudahpun mengatasinya.
Namun, mesej yang disampaikan Avramovic kepada para peminat masih sama, iaitu mereka harus tetap menyokong pasukan tidak kiralah apa yang berlaku.
"Mereka harus turun padang untuk menyokong pasukan mereka, tidak kiralah siapa lawannya," tegas beliau.
"Ini akan memberi keyakinan kepada pemain. Mereka akan berasa lebih tenang dan ia akan memudahkan mereka untuk menangani segala perkara di padang kerana mereka tahu ada yang menyokong mereka."
Kesemuanya seramai 12,391 peminat turun padang untuk menyokong pasukan Singa dalam perlawanan mereka menentang Kemboja. Ini mengejutkan Avramovic.
"Anda perlu menyokong pasukan anda," tambahnya.
"MEREKA MAMPU TENTUKAN KEPUTUSAN ITU"
Pasukan Singa memulakan kempen dengan prestasi menggalakkan - menewaskan Kemboja 2-1 dan kemudian membelasah Timor-Leste 3-0.
Setakat ini, mereka menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A, di belakang Thailand disebabkan perbezaan gol. Pasukan Malaysia juga dalam kumpulan sama.
Kemenangan ke atas Thailand pada Selasa akan menjadi 'tiket' buat pasukan pimpinan Tsutomu Ogura mara ke pusingan separuh akhir.
Namun, jika Singapura tumpas di tangan Thailand lalu mendapat keputusan seri dengan Malaysia pada Jumaat, mereka masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan separuh akhir.
Dua keputusan seri dalam baki perlawanan juga akan memberi peluang cerah buat pasukan Singa mara ke pusingan seterusnya.
"Saya fikir ada harapan untuk mereka ke pusingan seterusnya," kata Avramovic. "Apa yang akhirnya berlaku, itu boleh difikirkan nanti."
Avramovic menambah bahawa adalah sukar untuknya menilai kemajuan pasukan Singa dalam dua perlawanan pertama, memandangkan beliau tidak mengetahui bagaimana persiapan telah dijalankan.
"Saya tidak mahu menjadi orang yang mengulas tentang sesuatu sedangkan saya tidak tahu apa yang ada di sebalik situasi itu," jelasnya.
"Saya hanya boleh mengulas tentang keputusan perlawanan. Saya fikir mereka telah bermain dengan baik dan memperoleh keputusan yang diinginkan."
Lebih daripada sekadar bakat, pasukan memerlukan sinergi yang baik untuk menang, tegas beliau.
"Amat penting untuk ada sinergi dalam kalangan pemain. Mereka harus rasa seperti bermain sebagai satu pasukan," ujarnya.
Anda boleh mengikuti liputan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 secara langsung dan ulangan secara percuma di mewatch. Lungsuri mewatch.sg/aseancup untuk mendapatkan butiran lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.