Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mediacorp siarkan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 4-20 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mediacorp akan menyiarkan aksi Olimpik Musim Sejuk Beijing kepada penduduk Singapura dan menawarkan liputan meluas dan 'ikut permintaan' di beberapa platform, termasuk sembilan saluran dengan kandungan khas menerusi khidmat penstriman, meWATCH. 

Para penonton boleh menantikan untuk menyaksikan sukan-sukan musim sejuk yang unik seperti sukan 'bobsleigh' atau kereta gelongsor, 'curling', hoki ais, meluncur dan bermain ski di tiga zon pertandingan di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou, serta kedua-dua upacara pembukaan dan penutup pada 4 dan 20 Februari. 

"Anda boleh menjangkakan untuk menikmati pemandangan luar biasa dan suasana yang menyoronokkan aksi sukan musim sejuk di Beijing 2022," menurut Mediacorp pada Khamis (27 Jan). 

Sembilan saluran khas di meWATCH akan menyediakan liputan Sukan Olimpik Musim Sejuk itu, termasuk saluran berita Olimpik 24 jam yang memberikan kemas kini pada bila-bila masa dari Beijing 2022. 

Saluran-saluran itu disediakan secara percuma di meWATCH.sg ataupun menerusi aplikasi meWATCH percuma di TV Android, Smart TV yang lain dan juga alat-alat iOS dan Android. 

Saluran 5 juga akan menayangkan secara langsung upacara-upacara pembuka dan penutup Sukan pada 4 dan 20 Februari pada pukul 8.00 malam. Acara-acara kemuncak bagi setiap hari juga akan ditayangkan dari 5 hingga 20 Februari pada pukul 2.00 petang dan pukul 9.30 malam. Namun, pada 10, 11 dan 18 Februari, acara-acara kemuncak akan disiarkan di Saluran 5 pada pukul 10.00 malam. 

Kemas kini juga akan disediakan di buletin berita, stesen radio dan wadah digital Mediacorp, termasuk CNA, TODAY, 8World, BERITAmediacorp dan Seithi Mediacorp. 

Upacara-upacara pembukaan dan penutup serta acara-acara kemuncak dan kemenangan Sukan juga akan disiarkan di saluran YouTube Mediacorp Entertainment. 

Para pelanggan Singtel boleh menyaksikan acara Sukan itu di saluran-saluran Singtel TV 21 hingga 23, Singtel TV Go dan wadah siaran video CAST. 

Sementara itu, para pelanggan Starhub Entertainment boleh menyaksikan Sukan itu di saluran-saluran Starhub 250 hingga 252, serta menerusi alat-alat dengan aplikasi penstriman Starhub TV+. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan