Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mediacorp siarkan liputan langsung Olimpik Tokyo selama 17 hari

Mediacorp akan membawakan aksi di sekitar temasya Olimpik Tokyo ke Singapura dengan menawarkan penonton liputan langsung dan mengikut permintaan atau 'on-demand' di pelbagai wadah sepanjang temasya suka 17 hari itu berlangsung..

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2021 01:14PM Dikemas Kini : 24 Jun 2021 09:08PM

SINGAPURA: Mediacorp akan membawakan aksi di sekitar temasya Olimpik Tokyo ke Singapura dengan menawarkan penonton liputan langsung dan mengikut permintaan atau 'on-demand' di pelbagai wadah sepanjang temasya suka 17 hari itu berlangsung.

Ini termasuk liputan acara reben biru seperti atletik, badminton, bola sepak, renang serta tenis meja di samping upacara pembukaan dan penutup yang berlangsung pada 23 Julai dan 8 Ogos.

Singapura akan diwakili dalam beberapa acara termasuk renang, terjun cantik, tenis meja dan lawan pedang.

Liputan secara langsung akan disiarkan di pelbagai wadah termasuk 14 saluran yang dikhususkan di meWATCH di mana akan ada juga saluran khas untuk acara Team Singapore.

Kesemua 14 saluran itu akan disediakan secara percuma di laman meWATCH atau melalui aplikasinya.

Saluran 5 Mediacorp juga akan menyiarkan lebih 200 jam liputan sepanjang temasya sukan itu, dengan perkembangan terkini dalam semua siaran berita, stesen radio dan portal digital Mediacorp. Ini termasuk CNA, TODAY, 8world, Berita Mediacorp dan Seithi Mediacorp.

Sorotan acara dan berita terpilih juga akan dimuat naik ke saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Para pelanggan Singtel boleh menikmati semua 14 saluran Olimpik Mediacorp secara percuma di Singtel TV, Singtel TV Go serta juga di aplikasi mudah alih CAST. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan