Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mediacorp rancang tayang 9 perlawanan Piala Dunia 2022 di salurannya

Anggaran Waktu Membaca:
 Mediacorp rancang tayang 9 perlawanan Piala Dunia 2022 di salurannya

(Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

SINGAPURA: Mediacorp merancang untuk menayangkan sembilan perlawanan Piala Dunia 2022 di salurannya jika ia berjaya memperoleh hak penyiaran.

Mediacorp pada Jumaat (19 Ogos) mengesahkanpihaknya sedang bekerjasama dengan Singtel dan StarHub dalam rundingan untuk memperoleh hak penyiaran.

"Serupa dengan kejohanan 2018, Mediacorp merancang untuk menayangkan sembilan perlawanan di salurannya dan menawarkan pakej langganan berbayar bagi meWATCH,” kata jurucakap Mediacorp.

Pada 2018, syarikat penyiaran itu menayangkanperlawanan pembukaan, lima perlawanan kumpulan, separuh akhir dan peringkat akhir di televisyen.

StarHub juga mengesahkanpihaknya sedang dalam perbincangan dengan dengan badan induk dunia bola sepak FIFA, namun enggan memberikan butiran lanjut.

Piala Dunia 2022 berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember di Qatar. Ia merupakan temasya Piala Dunia pertama diadakan di Timur Tengah.
 
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan