Skip to main content

Sukan

Mediacorp ganding bahu dengan Singapore Expo bagi siaran langsung perlawanan Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp ganding bahu dengan Singapore Expo bagi siaran langsung perlawanan Piala Dunia

(Gambar: Pablo Porciuncula/AFP)

SINGAPURA: Sedang bahang Piala Dunia FIFA 2022 semakin hangat di Qatar, para peminat bola sepak kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menonton perlawanan-perlawanan Piala Dunia hasil kerjasama antara Mediacorp dan Singapore Expo. 

Bermula Jumaat (9 Dis) sehingga 18 Dis, empat perlawanan akan disiarkan sebagai sebahagian daripada acara Space Fest @ Expo, iaitu pesta bertemakan angkasa yang terbesar di Singapura. 

Perlawanan-perlawanannya adalah seperti berikut: 
- Peringkat suku akhir antara Croatia & Brazil pada Jumaat 
- Peringkat suku akhir antara Maghribi & Portugal pada Sabtu (10 Dis) 
- Peringkat separuh akhir pada 17 Dis
- Perlawanan akhir pada 18 Dis

Semua perlawanan tersebut bermula pada pukul 10.00 malam. 

Perlawanan berkenaan akan disiarkan di Satellite Station di kawasan pesta tersebut, yang ditempatkan di luar Dewan 4 Singapore Expo. 

Berlangsung sehingga 30 Disember, Space Fest @ Expo menampilkan aktiviti-aktiviti bertemakan angkasa, kedai runcit dan kedai makan. 

Anda boleh ikuti kesemua 64 perlawanan Piala Dunia di Qatar secara langsung di meWATCH.

Layari laman meWATCH untuk mendapatkan maklumat penuh mengenainya.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita