Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mediacorp bakal siarkan semua perlawanan Piala Mitsubishi Electric 2022 AFF secara percuma

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peminat bola sepak Singapura berpeluang untuk menyaksikan kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Piala Mitsubishi Electric 2022, antara 20 Disember hingga 16 Januari secara percuma di platform Mediacorp. 

Menerusi perjanjian yang dimeterai oleh agensi pemasaran sukan sejagat, SPORTFIVE, kesemua 26 perlawanan serantau itu akan disiarkan secara langsung dan atas permintaan di khidmat penyiaran hiburan digital Mediacorp, meWATCH. 

Perlawanan yang menampilkan pasukan nasional Singapura, Lions, akan disiarkan di platform siaran percuma Saluran 5 Mediacorp, dengan sedutannya dimuat naik ke saluran Youtube Mediacorp Entertainment. 

"Perjanjian tersebut menggariskan usaha berterusan Mediacorp untuk menawarkan aksi bola sepak eksklusif secara percuma kepada lebih ramai penonton di dalam negara, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menghimpunkan penonton di sebalik atlit Team Singapore dan menyokong arena sukan tempatan," menurut Mediacorp dan AFF dalam satu kenyataan media bersama pada Isnin (5 Dis). 

Edisi ke-14 perlawanan yang diadakan setiap dua tahun itu akan bermula dengan perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 20 Disember, dengan dua peringkat akhir dijadual berlangsung pada 13 dan 16 Januari 2023. 

Ketua Audiens dan Perkongsian Mediacorp, Lee Hung Sheng, berkata: "Liputan Mediacorp bagi perlawanan ini menggariskan peranan kami sebagai rangkaian media negara dalam menyatukan masyarakat menerusi bahasa antarabangsa, iaitu sukan, sambil menonjolkan pencapaian wira liga bola sepak tempatan kami." 

Singapura - pasukan yang beraksi di peringkat separuh akhir pada 2020 - disenaraikan dalam Kumpulan B dan akan berentap dengan Vietnam, Laos, Myanmar dan Malaysia. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan