Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mediacorp akan siarkan Sukan Komanwel 2022; perlawanan persahabatan EPL

Anggaran Waktu Membaca:
Mediacorp akan siarkan Sukan Komanwel 2022; perlawanan persahabatan EPL

(Gambar: Mark Schiefelbein/AP)

Diterbitkan : 22 Jun 2022 07:26PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 04:38PM

SINGAPURA: Para peminat dan penggemar sukan akan berpeluang menyaksikan para atlit Team Singapura bertanding di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham dari 29 Julai hingga 9 Ogos melalui pelbagai wadah yang ditawarkan oleh Mediacorp. 

Para penonton boleh menikmati liputan percuma temasya sukan itu melalui khidmat hiburan digital meWATCH dan menerusi Saluran 5 dan YouTube. 

Ia merangkumi liputan langsung pelbagai acara sukan, upacara perasmian dan penutupnya, sorotan harian dan liputan 'ikut permintaan' bagi pelbagai acara. 

Seramai 37 atlit akan mewakili Singapura di temasya sukan tersebut, yang akan menampilkan 72 negara dan wilayah yang akan bertanding dalam acara-acara seperti atletik, badminton, gimnastik, boling padang, renang dan gusti.

Kontinjen Team Singapura juga akan membariskan dua atlit kurang upaya bagi acara angkat berat dan renang. 

Temasya tersebut juga merupakan yang pertama untuk menampilkan program sukan atlit kurang upaya. 

PERLAWANAN PERSAHABATAN LIGA PERDANA ENGLAND

Mediacorp juga akan menyiarkan enam perlawanan persahabatan melibatkan kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) antara 12 hingga 22 Julai. 

Perlawanan-perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung di meWATCH dengan siaran ulangannya di Saluran 5 pada hari yang sama. 

Manchester United dan Liverpool akan berentap dalam satu perlawanan persahabatan buat julung-julung kalinya di Asia dalam perlawanan yang bakal diadakan di Bangkok, Thailand pada 12 Julai. 

Liverpool juga akan turun padang menentang Crystal Palace di Stadium Negara pada 15 Julai.

Lagi empat perlawanan persahabatan melibatkan Aston Villa, Leeds United, Crystal Palace dan pasukan Australia, Brisbane Roar akan diadakan di Australia.

meWATCH juga akan menyiarkan dua perlawanan persahabatan secara langsung antara pasukan bola sepak wanita Singapura dengan pasukan Hong Kong di Stadium Jalan Besar pada 23 dan 26 Jun. 

Perlawanan-perlawanan ini merupakan persiapan pasukan wanita negara sebelum bertanding dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Wanita ASEAN. 

Para peminat sukan bola keranjang pula boleh menyaksikan perlawanan Piala ASIA 3x3 FIBA yang akan diadakan di Singapura buat julung-julung kalinya. Ia akan disiarkan secara langsung di meWATCH dari 6 hingga 10 Julai. 

Sorotan-sorotannya pula akan disiarkan di saluran YouTube Mediacorp. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan