Mbappe menang dua anugerah Pemain Terbaik Perancis
Penyerang Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe, yang sudah menjaringkan 32 gol musim ini, menerima dua anugerah iaitu Pemain Terbaik dan Pemain Terbaik Bawah 21 Tahun bagi musim 2018-19 pada Ahad (19 Mei).

Kylian Mbappe. (Gambar: Philippe Wojazer/Reuters)
PARIS: Penyerang Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe, yang sudah menjaringkan 32 gol musim ini, menerima dua anugerah iaitu Pemain Terbaik dan Pemain Terbaik Bawah 21 Tahun bagi musim 2018-19 pada Ahad (19 Mei).
Mbappe, 20 tahun, yang menyumbat dua gol dalam minit akhir Liga Perancis menewaskan Dijon 4-0 pada Sabtu, muncul pemain pertama Perancis dalam sejarah 53 tahun menyumbang 32 gol sejak pemain Nantes, Philippe Gondet menjaringkan 36 gol pada musim 1965-66.
"Sampai masanya untuk saya menunaikan lebih tanggungjawab, ketika ini mungkin bersama PSG, dengan sepenuh hati, mungkin satu masa nanti dengan pasukan lain dengan projek baru pula," kata Mbappe selepas menerima anguerah itu.
Dalam pada itu, pertahanan tengah Jerman, Dzsenifer Marozsan, yang membantu kempen skuad wanita Olympique Lyonnais yang mengecapi 13 kemenangan berturut-turut dan kejayaan keempat ke Liga Juara-Juara Wanita diangerahkan Pemain Terbaik Liga Divisyen 1 buat kali ketiga berturut-turut.
Pengendali Lille, Christophe Galtier pula diundi bagi anugerah Jurulatih Terbaik musim ini selepas memacu kelabnya menamatkan kempen di tangga kedua di belakang PSG.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.