Mbappe kecewa Perancis kalah 1-2 menentang Sepanyol
(Gambar: FRANCK FIFE / AFP)
JAKARTA: Ketua Pasukan Perancis Kylian Mbappe mengakui pasukannya tidak banyak berbuat apa-apa ketika kalah 1-2 dalam separuh akhir Euro 2024 menentang Sepanyol. Dia juga mengaku kecewa menyusuli prestasi buruk sepanjang Euro 2024.
"Kami tidak berusaha dengan mencukupi untuk mencapai ke pusingan akhir," kata Mbappe kepada wartawan, menurut laporan AFP. "Mereka (Sepanyol) bermain lebih baik daripada kami, mereka maju ke perlawanan akhir dan kami harus keluar."
Mbappe merancang gol yang dibuat Randal Kolo Muani pada minit kesembilan, tetapi sebaliknya Sepanyol membalas dua gol dalam empat minit pertengahan separuh pertama.
"Saya berimpian menjadi juara Eropah. Saya punya cita-cita tampil baik dalam Euro. Saya tak berhasil mewujudkannya. Sungguh mengecewakan," kata Mbappe.
Perancis hanya mencatat empat gol dalam perlawanan itu dan satu-satunya gol yang dibuat Mbappe berasal dari titik penalti.
Hasil ini berbeza apabila dibandingkan prestasi pasukan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Qatar di mana Mbappe menjaringkan lapan daripada 16 gol Les Bleus.
Mbappe diberi peluang pada hujung perlawanan untuk menyamakan kedudukan pasukan ketika memasuki dari sisi kiri lapangan dengan hanya penjaga gol Unai Simon untuk ditewaskan tetapi bola melepasi palang.
"Saya berhasil melepasi pemain pertahanan dan itu berjalan dengan baik. Setelah itu, saya fikir saya hanya perlu menjaringkan gol, atau setidak-tidaknya, menemukan sasaran.
"Tendangan itu melambung keluar palang. Itulah kenyataan pahit bola sepak. 1-2 dan kami harus pulang."
Ketua pasukan Perancis itu bermain menggunakan pelitup setelah hidungnya patah dalam perlawanan pembuka menentang Austria, tapi membukanya pada perlawanan separuh akhir kerana berasa tidak selesa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.