Max Maeder menang Kejohanan Belia Eropah Formula Kite
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/International Kiteboarding Association/IKA Media/Matias Capizzano)
SINGAPURA: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik acara Kite Foiling dari Singapura, Max Maeder terus menunjukkan prestasi cemerlang.
Pada Ahad (13 Okt), Maeder menang pula acara terbuka di Kejohanan Belia Eropah Formula Kite di Sardina, Itali.
Atlet berusia 18 tahun itu menang lapan daripada 13 perlumbaannya.
Sungguhpun begitu, Maeder tidak diisytiharkan sebagai juara kejohanan itu kerana dia bukan peserta dari negara Eropah.
Maeder menamatkan acara itu dengan 13 mata, dengan pesaing terdekat, Riccardo Pianosi - seorang warga Itali yang memenangi acara edisi tahun sebelumnya - meraih 23 mata.
Kemenangan Maeder di Torregrande-Oristano itu menggulung musim 2024 yang cemerlang bagi atlet muda itu.
Seminggu yang lalu, dia mengekalkan gelaran Siri Dunia IKA KiteFoil 2024 selepas memenangi pusingan perlawanan di Itali.
Ia adalah kejuaraan keempat berturut-turut Maeder sejak Sukan Olimpik di mana dia meraih gangsa di Marseille Marina, menamatkan penantian lapan tahun Singapura untuk menduduki podium Olimpik sejak perenang Joseph Schooling memenangi emas pada 2016.
Maeder juga menjadi pemenang pingat Olimpik termuda Singapura. Valentin Bontus dari Austria memenangi emas, manakala Toni Vodisek dari Slovenia meraih perak.
Bulan lalu, pemain berusia 18 tahun itu memenangi pusingan Austria Siri Dunia KiteFoil disusuli dengan kemenangan di Kejohanan Asia Formula Kite 2024 di Daishan, China, pada 22 Sep.

Sumber : CNA/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.