Skip to main content

Sukan

Max Maeder kembali beraksi selepas Olimpik, juarai Siri Dunia KiteFoil Austria

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemenang pingat Olimpik, Max Maeder, tidak membuang masa untuk kembali meraih kemenangan, dengan memenangi pertandingan pertamanya sejak Sukan Olimpik Paris.

Atlet 17 tahun itu mengambil bahagagian dalam Siri Dunia KiteFoil IKA pada Ahad (8 Sep), dengan memenangi 11 daripada 12 perlumbaan di Tasik Traunsee.

Oleh itu, Maeder hanya memerlukan satu kemenangan di peringkat akhir untuk merangkul kejuaraan, dan itulah yang dilakukannya.

Rakan latihan Maeder, Martin Dolenc, merangkul pingat perak, manalaka atlet Perancis Benoit Gomez merangkul pingat gangsa.

Pemenang pingat emas Olimpik Valentin Bontus juga mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut, namun tidak mara ke peringkat akhir.

Bulan lalu, Maeder merangkul pingat gangsa di Marseille Arena, sekali gus menamatkan penantian lapan tahun Singapura untuk menduduki podium Olimpik, sejak perenang Joseph Schooling menang pingat emas pada 2016.

Maeder juga menjadi pemenang pingat Olimpik termuda Singapura. Bontus merangkul pingat emas manakala Toni Vodisek dari Slovenia merangkul pingat perak.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita