Max Maeder juarai Kejohanan Formula Kite Asia di China
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/International Kiteboarding Association/IKA Media/Matias Capizzano)
SINGAPURA: Pemenang pingat Olimpik Max Maeder menjuarai Kejohanan Formula Kite Asia 2024 di Daishan, China pada Ahad (22 Sep).
Ini kemenangan keduanya dalam banyak pertandingan sejak temasya Sukan Olimpik Paris.
Awal minggu ini, Maeder menang lapan daripada 12 perlumbaan dalam siri pembukaan, yang dihentikan sejurus selepas dimulakan disebabkan taufan yang membadai rantau itu sebelum kejohanan bermula.
Angin terlalu kuat untuk mengadakan perlumbaan pada Ahad, menurut Persatuan Kiteboarding Antarabangsa menerusi akaun Instagramnya.
Ini bermakna siri pingat itu tidak akan dipertandingkan dan rakyat Singapura itu meraih gelaran juara. Maeder menduduki tempat kedua dalam edisi terakhir bagi pertandingan pada 2023.
Awal bulan in, belia 17 tahun itu memenangi Siri Kitefoil Dunia IKA di Austria.
Bulan lalu, Maeder meraih pingat gangsa semasa Olimpik Paris, mengakhiri penantian Singapura selama lapan tahun bagi pingat Olimpik sejak perenang Joseph Schooling menang pingat emas pada 2016.
Maeder juga menjadi rakyat Singapura paling muda memenangi pingat Olimpik. Bontus memenangi pingat emas, manakala atlit Slovenia Toni Vodisek meraih pingat perak.

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.