Max Maeder harap dapat beri 'hadiah istimewa' buat SG selepas peringkat akhir kitefoil ditunda
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SportSG/Jeremy Lee)
MARSEILLE: Perjalanan dari Marseille ke Plage Provost hanya mengambil masa dua jam.
Di situlah Maximilian Maeder merangkul Kejuaraan Eropah pertamanya pada 2021, ketika hari jadinya yang ke-15.
Tiga tahun kemudian, kini Maeder berpeluang untuk memberi hadiah di Perancis pada Jumaat (9 Aug).
Namun kali ini, hadiah tersebut bukan untuk dirinya, tetapi buat negara ini, Singapura menyambut ulang tahun ke-59 Jumaat ini.
"Jangan berhenti sambutan anda disebabkan perlumbaan ini," katanya kepada wartawan selepas peringkat akhir acara kitefoil di Marseille Marina pada Khamis (8 Ogos) ditunda.

Atlet 17 tahun itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada satu-satunya perlumbaan pada Khamis, daripada enam perlumbaan yang dijadualkan.
Baki perlumbaan ditunda sehingga Jumaat disebabkan ketiadaan angin.
Atlet Austria Valentin Bontus menduduki tempat pertama dalam perlumbaan pertama itu, manakala Riccardo Pianosi dari Itali berada di tempat ketiga, dan Toni Vodisek yang menduduki tangga teratas perlumbaan berada di tempat keempat.
Keputusan pada Khamis bermakna Vodisek masih mendahului kedudukan keseluruhan, manakala Maeder dan Bontus kini masing-masing terikat dengan satu kemenangan.
Atlet perlu memenangi tiga perlumbaan untuk merangkul pingat emas.
"SOKONGAN LUAR BIASA"
Seperti hari-hari sebelum ini, angin sepoi-sepoi menganggu perlumbaan peringkat separuh akhir dan akhir acara kitefoil pada Khamis.
Namun, ia perkara yang biasa buat Maeder.
"Ia adalah sebahagian daripada sukan ini sebenarnya. Anda terlibat dalam sukan ini dan kadangkala cuaca tidak memihak kepada anda," katanya.
Maeder memberitahu wartawan bahawa dia meluangkan masa dengan mendengar lagu klasik, khususnya lagu Johann Strauss, dan menjawab mesej di media sosial.
"Saya menerima sokongan luar biasa melalui media sosial dan ia sangat menggembirakan saya," tambah Maeder.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.