Skip to main content

Sukan

Max Maeder disenarai sebagai calon Pelayar Muda Dunia Terbaik bagi 2024

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Atlet 'kitefoil' Singapura Max Maeder dicalonkan sebagai Pelayar Muda Dunia Terbaik bagi tahun ini di Anugerah Pelayaran Dunia 2024.

Atlet berusia 18 tahun itu merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris, serta memenangi Siri Dunia KiteFoil IKA 2024 dan acara terbuka di Kejohanan Eropah Belia Formula Kite.

Kategori Pelayar Muda Dunia Terbaik bagi tahun ini untuk lelaki dan wanita adalah kategori baharu dan dibuka kepada mana-mana pelayar bawah usia 21 tahun, menurut Pelayaran Dunia pada Isnin (21 Okt).

Majlis penganugerahan itu akan diadakan di Singapura pada 5 November di Dewan CHIJMES.

Undian akan dibuka kepada orang ramai sehingga 7.00 pagi pada 28 Oktober waktu Singapura.

Undian daripada orang awam akan membentuk 50 peratus keputusan muktamad, dengan lagi separuh akan disumbang oleh panel pakar Pelayaran Dunia, menurutnya.

Maeder bersaing dengan juara pelayar muda lain: Vittorio Bonifacio dari Itali, juara Eropah dan juara dunia belia dalam 'dinghy' 420; Grae Morris dari Australia, yang memenangi perak dalam acara luncur angin di Olimpik Paris; dan Dane Magnus Overbeck, yang menjuarai Inspire SailGP Waszp musim 2023/2024.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita