Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Max Maeder dinobat Pelayar Muda Lelaki Terbaik Dunia 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Max Maeder dinobat Pelayar Muda Lelaki Terbaik Dunia 2024

(Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)

Diterbitkan : 05 Nov 2024 10:49PM Dikemas Kini : 05 Nov 2024 11:20PM
SINGAPURA: Atlet 'kite foil' Singapura Max Maeder dinobatkan sebagai Pelayar Muda Lelaki Terbaik Dunia 2024 pada Selasa (5 Nov).

Ini adalah kali pertama seorang warga Singapura memenangi trofi Anugerah Sukan Layar Dunia, menurut pasukan sukan layar Singapura dalam catatan Instagramnya.

Atlet berusia 18 tahun itu merangkul gelaran tersebut setelah mendahului Vittorio Bonifacio dari Itali, Grae Morris dari Australia dan Magnus Overbeck dari Denmark.

Anugerah itu disampaikan kepada Maeder dalam satu majlis di Dewan CHIJMES di Singapura.

Maeder yang mempamerkan prestasi cemerlang, meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, di samping memenangi Siri Dunia IKA KiteFoil 2024 dan acara terbuka di Kejohanan Formula Kite Belia Eropah.

Kategori Pelayar Muda Lelaki dan Wanita Terbaik Dunia terbuka kepada mana-mana atlet yang berusia bawah 21 tahun.

Ini adalah pencalonan kedua berturut-turut Maeder di Anugerah Sukan Layar Dunia. Pada 2023, Maeder dicalonkan bagi Pelayar Muda Lelaki Terbaik Dunia, yang dimenangi oleh Tom Slingsby dari Australia.
Sumber : CNA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan