Max Maeder dapat tempat kedua dalam siri pembukaan, mara ke pusingan akhir 'kitefoil' Olimpik
Anggaran Waktu Membaca:

Maximilian Maeder di Sukan Olimpik Paris 2024 pada 6 Ogos 2024 di Marseille, Perancis. (Gambar: AP/Jacquelyn Martin)
MARSEILLE: Juara dunia Maximilian Maeder kini selangkah lebih dekat untuk menamatkan penantian Singapura bagi merebut pingat Olimpik selepas beliau tamat di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan siri pembukaan 'kitefoil' di Olimpik Paris pada Rabu (7 Ogos).
Ini bermakna atlet berusia 17 tahun itu secara automatik akan bersaing dalam pusingan seterusnya pada Khamis, dan bahkan mempunyai peluang cerah untuk meraih pingat.
Perlumbaan tidak diadakan pada Rabu disebabkan keadaan angin yang buruk di Marina Marseille. Ini membolehkan Maeder mengekalkan kedudukannya di tempat kedua, sama seperti hari sebelumnya. Beliau sudah bertanding dalam tujuh perlumbaan.
Toni Vodisek dari Slovenia akan menyertai Maeder dalam pusingan akhir pada Khamis selepas mengungguli perlumbaan dengan 12 mata bersih. Maeder menamatkan siri pembukaan dengan 15 mata.
Dalam pusingan akhir, peserta perlu menang tiga perlumbaan untuk mendapatkan pingat emas.
Namun, Vodisek memulakan pusingan akhir dengan dua kemenangan dan akan memerlukan satu lagi untuk meraih pingat emas.
Maeder memulakan final dengan satu kemenangan dan akan perlu dua lagi kemenangan untuk meraih pingat emas, manakala atlet dalam separuh akhir memerlukan tiga kemenangan.
Pusingan akhir boleh merangkumi antara satu dengan enam perlumbaan, bergantung kepada keadaan cuaca dan keputusan pertandingan.
BAGAIMANA IA BERJALAN
Siri pembukaan menggunakan sistem mata rendah seperti sukan layar, di mana mata diberikan berdasarkan kedudukan terakhir atlet. Sebagai contoh, atlet yang memenangi perlumbaan akan mendapat satu mata.
Sebagai sebahagian daripada format itu, skor perlumbaan paling teruk bagi setiap pesaing boleh diketepikan - bergantung kepada jumlah perlumbaan yang disertai dalam siri pembukaan - dan baki skor menjadi mata bersih setiap pesaing.
Ranking secara keseluruhan dikira mengikut mata bersih yang diraih.
Pada Mei, Maeder berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai juara dunia sukan 'kitefoil'.
Pada Ogos lalu pula, atlet itu meraih pingat emas dalam acara 'kite' lelaki dalam Kejohanan Pelayaran Dunia di Belanda.
Sebelum Olimpik, pemenang pingat emas Sukan Asia itu memenangi lima kejuaraan secara berturut-turut, termasuk dalam Kejohanan 'Formula Kite' Eropah pada Mac.
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.