Maverick Vinales juarai MotoGP Malaysia
Pelumba Yamaha, Maverick Vinales memperagakan tunggangan sempurna untuk menjuarai kelas MotoGP pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad (3 Nov).
Pelumba Yamaha Maverick Vinales juarai MotoGP Malaysia di litar Sepang pada 3 Nov 19 (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)
SEPANG: Pelumba Yamaha, Maverick Vinales memperagakan tunggangan sempurna untuk menjuarai kelas MotoGP pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad (3 Nov).
Pelumba Sepanyol berusia 24 tahun itu, yang memulakan saingan di petak kedua, mendominasi perlumbaan dengan mencatatkan masa 40 minit 14.632 saat (s) bagi menghadiahkan kemenangan pertama kepada Yamaha di Sepang sejak 2010.
Juara dunia dari Repsol Honda, Marc Marquez menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 40:17.691s manakala pelumba Itali, Andrea Dovizioso (Ducati) menghuni tempat ketiga dengan ketinggalan 5.611s.
“Ia adalah perlumbaan yang menakjubkan hari ini...kami bertambah baik hari demi hari. Saya amat menikmati saingan hari ini,” kata Vinales yang menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 201 mata sebelum mengakhiri musim di Valencia, Sepanyol, 17 Nov ini.
Pemenang petak utama, Fabio Quartararo dari pasukan Petronas Yamaha SRT, menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh manakala rakan sepasukan Franco Morbidelli di tempat keenam.
Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Red Bull KTM Tech 3, di tempat ke-16.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.