Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Mason Greenwood ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual, ugutan bunuh

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Mason Greenwood ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual dan membuat ugutan untuk membunuh.

Penyerang muda Manchester United itu akan terus menjalani soal siasat selepas ditahan atas tuduhan merogol dan menyerang seorang wanita pada Ahad lalu (30 Jan).

Dalam kenyataannya, Polis Greater Manchester turut mendedahkan: "Detektif telah diberikan lanjutan masa untuk menyoal siasat sorang lelaki berumur 20-an tahun yang ditangkap kerana disyaki melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

"Suspek itu sudah berada dalam tahanan sejak petang Ahad (30 Jan) selepas kami dimaklumkan tentang imej dan video dalam media sosial yang dikirim oleh seorang wanita yang melaporkan keganasan fizikal terhadapnya.

"Dia akan terus menjalani soal siasat selepas pihak majistret meluluskan lanjutan masa sehingga esok.

"Berikutan siasatan setakat ini, dia ditahan lebih lanjut atas tuduhan serangan seksual dan ugutan membunuh.

"Siasatan sedang berjalan dan mangsa akan terus ditawarkan sokongan pakar."

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan