Masa depan Infantino dalam FIFA terancam selepas batal rancangan jual pegangan entiti pengurusan Piala Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden FIFA Gianni Infantino (Gambar fail: REUTERS/Benoit Tessier)
ZURICH: Presiden FIFA Gianni Infantino menerima tamparan hebat pada Jumaat (31 Jul) selepas membatalkan saranannya untuk mewujudkan entiti komersial bagi mengendalikan Piala Dunia dan kejohanan lain, dengan 20 peratus daripada perniagaan akan dijual kepada pelabur swasta.
Satu kenyataan FIFA yang dikaitkan dengan Infantino mengakui saranan itu telah mencetuskan perpecahan dan tidak akan diteruskan.
Keputusan itu menyusuli bantahan hebat selama tiga hari yang memuncak dengan UEFA, iaitu persekutuan bola sepak paling berpengaruh di Eropah, mengumumkan akan memulaukan semua acara FIFA sehingga saranan itu ditarik balik.
Rancangan yang gagal itu, yang dianggap sebagai projek utama Infantino, telah melemahkan kedudukan pentadbir Switzerland berusia 56 tahun itu, kurang dua minggu selepas beliau menyelia Piala Dunia yang paling menguntungkan dalam sejarah.
Sebelum kejohanan itu, Infantino dilihat berada di landasan untuk memimpin badan induk bola sepak itu buat penggal keempat tanpa dicabar di Kongres FIFA di Maghribi pada Mac depan.
Namun, keadaan berubah dengan pantas apabila sekutu tradisional FIFA sendiri mengkritik kegagalan badan itu untuk mendapatkan pandangan pihak berkepentingan terlebih dahulu, manakala para pengkritiknya menuduh Infantino cuba "gadai maruah bola sepak".
Walaupun FIFA mempertahankan saranan itu dengan mengatakan ia akan menjana jutaan dolar tambahan untuk persatuan bola sepak kebangsaan, beberapa pegawai kanan memilih untuk menjauhkan diri daripadanya.
Penasihat kanan Carlos Cordeiro meletak jawatan, sambil menyifatkannya sebagai "perjanjian yang merugikan bola sepak", manakala Ketua Pegawai Operasi FIFA Kevin Lamour mendakwa kakitangannya telah "ditipu" dan menyifatkannya sebagai "projek seorang individu".
GAYA KEPIMPINAN DI BAWAH PENELITIAN
Infantino, yang mengambil alih FIFA pada 2016 susulan skandal rasuah yang menamatkan pimpinan Sepp Blatter, sering menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekerjanya dengan gaya kepimpinannya yang bebas, kata sumber Reuters.
Keupayaannya untuk memastikan FIFA kukuh dari segi kewangan sebelum ini telah membantunya mengatasi beberapa kontroversi.
Pada tahun 2018, beliau menarik balik saranan bagi satu pelan pelaburan swasta bernilai AS$25 bilion untuk Piala Dunia Kelab selepas tentangan hebat daripada UEFA.
Beliau juga terselamat daripada kritikan selepas membela penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar.
Namun, kali ini, strategi itu memakan diri.
Infantino gagal membina kata sepakat, dengan pihak berkepentingan hanya mengetahui tentang saranan itu selepas butirannya dibocorkan dan FIFA membuat pengumuman tergesa-gesa pada hari Selasa.
Mereka juga tidak diajak berunding sebelum Infantino memilih Thrive Capital, sebuah firma yang diasaskan oleh Joshua Kushner, yang ada ikatan keluarga rapat dengan Presiden Amerika Donald Trump, untuk memimpin kumpulan pelabur yang diusulkan.
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) menyifatkan proses itu sebagai "tidak boleh diterima sama sekali" dan menyeru diadakan pembaharuan institusi dalam FIFA.
HUBUNGAN RAPAT DENGAN TRUMP DIPERSOALKAN
Hubungan Infantino dengan Trump sememangnya sudah menarik perhatian selepas FIFA menganugerahkan Hadiah Keamanan sulungnya kepada Encik Trump pada Disember lalu.
Bekas naib presiden FIFA, Jim Boyce, membayangkan Infantino mungkin dipengaruhi oleh kedudukannya yang rapat dengan kuasa politik.
Semasa Piala Dunia berlangsung, Encik Trump berkata beliau telah menghubungi Infantino untuk meminta agar penggantungan pemain Amerika, Folarin Balogun, dibatalkan supaya dia boleh bermain dalam perlawanan kalah mati. Balogun digantung daripada bermain selepas dilayangkan kad merah dalam salah satu perlawanan kelayakan.
Walaupun Balogun kemudian dibenarkan bermain oleh badan disiplin bebas FIFA, insiden itu mengukuhkan persepsi bahawa wujud campur tangan politik.
Penganalisis pemasaran sukan, Bob Dorfman, berkata penglibatan Joshua Kushner turut menjejaskan persepsi orang ramai terhadap usul itu, terutamanya susulan episod Balogun.
Pada Jumaat, Encik Trump berkata bahawa beliau tidak pernah berbincang dengan Infantino mengenai saranan untuk menjual pegangan dalam pengurusan Piala Dunia itu.
MASA DEPAN POLITIK TIDAK MENENTU
Walaupun kegagalan rancangan itu dijangka mendorong calon lain bertanding untuk jawatan presiden FIFA, para penganalisis percaya masih terlalu awal untuk menolak peluang Infantino.
Rancangan yang disarankan itu sebenarnya ditujukan kepada 211 persatuan bola sepak kebangsaan FIFA, yang kebanyakannya sangat bergantung pada pembiayaan FIFA dan telah mendapat manfaat di bawah kepimpinannya.
Untuk kekal memegang jawatan itu sehingga 2031, Infantino memerlukan sokongan majoriti dua pertiga dalam pusingan pertama pengundian, atau majoriti mudah dalam pusingan berikutnya.
Dorfman berkata Infantino masih boleh memulihkan kedudukan politiknya jika beliau mengakui membuat kesilapan dalam cara beliau mengendalikan saranan itu dan berusaha membina semula kepercayaan.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.