Marquez juara dunia MotoGP kali ke-5 di Jepun
Pelumba Sepanyol, Marc Marquez meraih gelaran MotoGP kelimanya apabila muncul pemenang di Grand Prix (GP) Jepun, pada Ahad (21 Okt).
Marc Marquez muncul pemenang di Grand Prix Jepun pada 21 Okt. (Gambar: Toru Hanai/Reuters)
TOKYO: Pelumba Sepanyol, Marc Marquez meraih gelaran MotoGP kelimanya apabila muncul pemenang di Grand Prix (GP) Jepun, pada Ahad (21 Okt).
Kejayaan itu dicapai meskipun beliau terlibat dalam satu kemalangan serius semalam dalam pusingan latihan apabila motosikalnya terkena cat ketika keluar dari pusingan kelapan. Ini menyebabkan motosikal berpusing dan Alex tercampak sebelum motosikalnya terbakar.
Pelumba Honda berusia 25 tahun itu mengenepikan Andrea Dovizioso dari Itali untuk mengecap gelaran ketiga berturut-turut meskipun saingan musim masih berbaki tiga pusingan lagi.
Beliau kini terikat dengan pelumba Australia, Mick Doohan yang meraih lima kejuaraan. Pelumba Itali, Valentino Rossi dan Giacomo Agostina masih di hadapan dengan masing-masing meraih kejuaraan sebanyak tujuh dan lapan kali.
Pusingan seterusnya bagi litar MotoGP berlangsung hujung minggu depan di Grand Prix Australia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.