Mariam Saleh bin Laden wanita Arab pertama berenang dari Saudi ke Mesir
Anggaran Waktu Membaca:
Mariam Saleh bin Laden wanita Arab pertama berenang dari Saudi ke Mesir. (Gambar: Instagram)
ARAB SAUDI: Perenang dan doktor gigi dari Arab Saudi Mariam Saleh bin Laden menjadi wanita Arab pertama untuk berenang dari Arab Saudi ke Mesir - suatu pencapaian besar yang berjaya diraihnya, lapor Al Arabiya.
Meskipun wujud ancaman ikan jerung, beliau berenang merentasi Laut Merah untuk ke tapak COP27 di Mesir bagi meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan terumbu karang, yang khususnya mudah terdedah kepada perubahan iklim.
Lebih 20 spesis batu karang tersenarai sebagai terancam dengan dua daripadanya dikenal pasti sebagai hampir pupus di bawah Akta Spesis Terancam Amerika Syarikat (AS).
Jumlah terumbu karang dianggarkan akan merosot sebanyak sekurang-kurangnya 70 peratus, walaupun pemanasan global dihadkan hanya kepada 1.5 darjah Selsius. Dengan pemanasan suhu meningkat 2 darjah Selsius pula, hampir kesemua terumbu karang dunia boleh dilenyapkan menjelang 2070.
Mariam turut ditemani seorang lagi perenang jarak jauh Lewis Pugh, Penaung Lautan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut Al Arabiya.
Sidang puncak iklim COP27 dijadual berlangsung di Sharm El Sheikh dari 6 hingga 18 November.
Mariam, yang juga penyokong kuat pelarian Syria, sebelum ini berhasrat memecahkan rekod renang untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanak-kanak pelarian Syria dan penderitaan mereka.
Al Arabiya melaporkan, Mariam juga menjadi wanita Arab pertama berjaya menamatkan Acara Renang Hellespont sejauh 4.5 kilometer di Turki, dari benua Eropah ke Asia, pada 2015.

Sumber : Agensi berita/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.