Maresca makin yakin Chelsea mampu ke Liga Juara-Juara Eropah
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca semakin yakin bahawa pasukannya mampu layak ke Liga Juara-Juara Eropah UCL musim depan selepas mengalahkan seteru setempat, Tottenham Hotspur 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris EPL pada awal pagi Jumaat (5 Apr).
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca. (Gambar fail: REUTERS/Peter Cziborra)
Dalam perlawanan di Stamford Bridge itu, skuad The Blues meraih tiga mata berharga hasil jaringan tunggal Enzo Fernandez pada babak kedua, meletakkan pasukan tersebut di kedudukan keempat teratas dalam EPL ketika ini.
Menurut Maresca, kemenangan itu cukup penting untuk melonjakkan motivasi pasukan terutama apabila saingan musim ini berbaki lapan perlawanan.
"Kita sekarang sudah berada di penghujung musim dan semua mata yang dikutip cukup berharga. Meskipun kita tidak bermain dengan baik pada perlawanan ini, pemain masih menunjukkan taktikal yang cuba diterapkan.
“Jika momentum ini dapat dikekalkan, mungkin kelayakan UCL musim depan berada dalam genggaman pasukan. Saya melihat mereka berlatih setiap hari dan kita sememangnya layak untuk berada di kedudukan ini,” kata Maresca.
Sementara itu, tonggak pertahanan Chelsea, Levi Colwill mengakui barisan pemain berdiri teguh di belakang Maresca yang dikecam kerana gagal mempamerkan prestasi konsisten sejak membimbing pasukan musim ini.
Kata Levi Colwill, mutu yang ada pada Maresca adalah setanding dengan bekas jurulatih Chelsea yang lalu.
Pemain itu turut melahirkan harapan agar Maresca kekal dengan pasukan Chelsea bagi tempoh yang lama dan dapat membantunya bermain dengan lebih baik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.