Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maraton Wuhan ditunda dek lonjakan COVID-19 di China

Acara Maraton Wuhan yang sepatutnya berlangsung hari ini (24 Okt), ditunda pada saat-saat terakhir ekoran kebimbangan meningkat berhubung kemunculan semula kes COVID-19 di China menjelang temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Anggaran Waktu Membaca:
Maraton Wuhan ditunda dek lonjakan COVID-19 di China

Gambar fail acara Maraton Wuhan pada 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 03:20PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 03:30PM

BEIJING: Acara Maraton Wuhan yang sepatutnya berlangsung hari ini (24 Okt), ditunda pada saat-saat terakhir ekoran kebimbangan meningkat berhubung kemunculan semula kes COVID-19 di China menjelang temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

China melaporkan 26 kes tempatan baru COVID-19 pada Ahad, menimbulkan cabaran terkini berhubung pendekatan sifar-kes negara itu dengan temasya Olimpik itu menjelang sekitar 100 hari lagi.

Pihak berkuasa sedang berusaha mengawal jangkitan virus itu dengan melakukan ujian beramai-ramai dan langkah penutupan bersasar.

Namun dengan jumlah kes terus meningkat, penganjur Maraton Wuhan mengumumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat minggu lalu bahawa mereka akan menangguhkan acara hari ini di bandar tengah China itu "untuk mencegah risiko penularan wabak".

Acara itu dijangka disertai 26,000 peserta, yang mengambil bahagian dalam acara maraton penuh dan separuh maraton, di tempat mana koronavirus itu pertama kali dikenal pasti menjelang hujung 2019, lapor media rasmi.

Jawatankuasa penganjur berkata ia akan membayar balik yuran pendaftaran peserta.

China sejauh ini berjaya mengawal jangkitan ke jumlah sangat rendah dengan mengerahkan ujian beramai-ramai secara agresif dan mengawal ketat sempadannya.

Masih belum jelas sama ada maraton Beijing edisi ke-40 Ahad depan akan berjalan seperti yang dirancang. Penganjur tidak segera menjawab apabila dihubungi AFP.

Rabu ini menandakan 100 hari sebelum Olimpik Musim Sejuk, bermula 4 Februari, dengan penganjur mengakui awal bulan ini mereka "menghadapi tekanan hebat" ekoran COVID-19.

Temasya Sukan itu mungkin menjadi acara sukan besar-besaran dengan pelaksanaan langkah paling ketat sejak bermula pandemik, tanpa sebarang penonton antarabangsa dibenarkan dan vaksin diwajibkan bagi sesiapa yang memasuki "gelembung" yang dikawal ketat.

Atlit j uga harussudah divaksin atau perlu menjalani kuarantin 21 hari semasa tiba ke China.

Menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk, Beijing telah mula menawarkan dos perangsang vaksin COVID-19 kepada penduduk.

Penularan terbaru itu dikaitkan dengan pasangan warga emas yang berada dalam satu kumpulan wisata. Lawatan mereka bermula di Shanghai sebelum terbang ke Xi'an, wilayah Gansu dan Mongolia Dalam.

Sumber : AFP/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa