Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Maraton StanChart perkenal larian maya; format acara belum muktamad

Ekoran pandemik COVID-19, Larian Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) tahun ini akan menawarkan "format larian alternatif yang unik" dengan komponen maya dan mungkin "fizikal", menurut pihak penganjur acara pada Isnin (24 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Maraton StanChart perkenal larian maya; format acara belum muktamad

Maraton Standard Chartered S'pura diadakan pada sebelah malam tahun ini. (Gambar: SCSM)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 09:22PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 09:26PM

SINGAPURA: Ekoran pandemik COVID-19, Larian Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) tahun ini akan menawarkan "format larian alternatif yang unik" dengan komponen maya dan mungkin "fizikal", menurut pihak penganjur acara pada Isnin (24 Ogos).

Dalam kenyataan medianya, Ironman Group menyatakan komponen-komponen tersebut sedang dipertimbangkan "bergantung kepada peraturan untuk menggantikan acara larian tradisional".

"Dengan kesihatan dan keselamatan para peserta, masyarakat dan penyokong menjadi keutamaan nombor satu, para penganjur akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi Pemerintah yang relevan untuk melakarkan format acara yang unik bagi Larian Maraton Standard Chartered Singapura," menurut pihak penganjur.

WADAH KELAB MAYA DILANCARKAN

Bagi membantu para peserta terus kekal aktif dan bersiap sedia untuk acara larian maraton pada Disember ini, platform Kelab Maya (VC) Larian Maraton Standard Chartered Singapura turut dilancarkan.

Wadah itu, yang boleh disertai secara percuma, menawarkan cabaran dan larian setiap minggu, sebuah kedai online yang memberikan ganjaran, sumber latihan dan pemakanan serta pemantauan prestasi.

Sebahagian daripada wadah itu adalah Siri Larian Maya Maraton Standard Chartered Singapura, di mana sebanyak 15 acara larian akan ditawarkan bagi membolehkan para peserta bersiap sedia bagi "acara larian yang sebenar", kata Encik Geoff Mayer, Pengarah Urusan Asia bagi Ironman Group di sidang media yang diadakan secara maya pada Isnin (24 Ogos).

Sebagai sebahagian daripada hari perlumbaan, komponen fizikal mungkin memerlukan para peserta untuk berlari di 'treadmill' atau di luar. Para peserta juga akan dibawa berlari "mengelilingi Singapura" menerusi penggunaan teknologi realiti tambahan (AR), kata Encik Meyer.

PESERTA BOLEH REKA AVATAR UNTUK LALUAN MAYA

Bagi komponen realiti maya (VR), para peserta boleh mencipta avatar yang akan menyertai larian maraton secara maya mengikut masa sebenar dan bersaing dengan para peserta lain, menurut kenyataan media tersebut.

Memandangkan perancangan bagi acara larian itu masih dijalankan, lebih banyak butiran akan didedahkan tidak lama lagi, menurut Ironman Group.

"Kami mahu melancarkan acara yang disertai seramai 50,000 peserta yang berlari sekeliling Singapura, sayangnya ia tidak dapat dilakukan di tengah-tengah situasi yang berlaku sekarang. Keselamatan para atlit, sukarelawan, kakitangan dan semua rakyat Singapura menjadi keutamaan kami," kata Encik Meyer.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata: "Acara Larian Maraton Standard Chartered Singapura akan menjadi satu pengalaman yang unik tahun ini. Dengan pelancaran huraian inovatif yang baru, kami akan dapat meneruskan latihan dan berinteraksi dengan para peserta dan atlit daripada seluruh dunia."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan