Skip to main content

Sukan

Mantan juara F1 Patrick Tambay meninggal dunia pada usia 73 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan juara F1 Patrick Tambay meninggal dunia pada usia 73 tahun

Patrick Tambay. (Gambar: Sumber Web)

PERANCIS: Mantan pelumba Formula Satu, Patrick Tambay, lelaki Perancis yang menggantikan Gilles Villeneuve dalam pasukan Ferrari selepas kemalangan maut pemandu hebat Kanada itu pada 1982, meninggal dunia pada Ahad (4 Dis) pada usia 73 tahun, menurut anggota keluarganya.

Tambay menghidap penyakit Parkinson selama beberapa tahun, lapor Reuters.

Pemenang dua perlumbaan bersama Ferrari, Grand Prix Jerman 1982 dan Grand Prix San Marino 1983, Tambay menduduki lima tangga utama dalam kerjayanya dan menduduki tempat keempat dalam kejohanan dunia 1983.

Mendiang memulakan 114 kejuaraan grand prix dalam kerjaya yang penuh dengan persaraan perlumbaan dan bersaing bagi pasukan McLaren pada 1978 dan 1979 selepas penampilan sulungnya pada 1977 dengan pasukan Theodore Racing milik Teddy Yip dari Hong Kong.

Tambay bersara pada 1986 selepas dua tahun di Renault dan musim terakhir bersama Haas Lola, lapor Reuters.

"Kami amat sedih dengan berita pemergian Patrick Tambay. Beliau antara bintang sebenar 80-an yang memenangi dua perlumbaan dengan Scuderia dan memenangi gelaran pengeluar pada 1982 dan 1983," menurut Ferrari.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita