Manchester United turunkan skuad utama berdepan ASEAN All-Stars di KL
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
KUALA LUMPUR: Para peminat Manchester United berpeluang menyaksikan kesemua bintang utama kelab itu secara langsung apabila skuad The Red Devils dijadualkan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Malaysia pada Rabu, 28 Mei.
Ketua jurulatih United Ruben Amorim mengesahkan perkara itu dalam satu sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United esok.
“Saya dimaklumkan. Kami tidak boleh hanya berdiam diri selepas musim ini. Jadi, kami perlu bantu kelab kerana kelab juga memperoleh sedikit pendapatan tambahan. Kami akan bertemu para peminat di seluruh dunia dan itu sangat penting, terutamanya apabila kami kalah dan mengecewakan penyokong dalam musim yang sukar ini.
“Jadi, saya rasa ini adalah perkara paling minimum yang boleh kami lakukan. Kami akan membawa seluruh pasukan, termasuk pemain muda dan kakitangan. Kami juga telah melakukan banyak perubahan dalam barisan kejurulatihan. Jadi, kami cuba membina sesuatu sebagai sebuah keluarga. Saya rasa ini juga satu perkara yang baik,” katanya seperti yang ditukil daripada laman web rasmi kelab www.manutd.com.
Ketika ditanya sama ada beliau akan membawa kesemua pemain utama, Ruben berkata: “Ya, ya.”
Meskipun berdepan musim yang mencabar dalam perlawanan EPL, United tetap mempamerkan semangat berjuang yang luar biasa semasa kempen Liga Europa UEFA apabila pasukan itu mara ke perlawanan akhir menentang kelab senegara Tottenham Hotspur di Stadium San Mames, Bilbao, Sepanyol pada 21 Mei ini.
Kali terakhir United beraksi di Malaysia adalah semasa siri jelajah pramusim 2009, apabila mereka menewaskan Malaysia XI sebanyak dua kali berturut-turut, masing-masing 3-2 dan 2-0 pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Juara EPL sebanyak 13 kali itu juga akan berkunjung ke Hong Kong sebagai sebahagian daripada siri jelajah pramusim menentang pasukan kebangsaan negara berkenaan di Stadium Hong Kong pada 30 Mei ini.

Sumber : Bernama/AY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.