Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United turunkan poster Cristiano Ronaldo di Old Trafford

Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Kelab bola sepak Manchester United pada Rabu (16 Nov) menurunkan poster Cristiano Ronaldo di luar stadium Old Trafford.

Demikian menurut laporan Agensi Anadolu.

Pekerja di stadium tersebut dilihat membawa turun poster tersebut yang juga memaparkan bekas pemain bola sepak David Beckham, selepas temubual bersama Piers Morgan di TalkTV.

Ronaldo digugurkan daripada skuad perlawan Liga Perdana dengan Chelsea pada minggu 13 kerana pengurus Erik ten Hag menghukumnya atas sebab meninggalkan Old Trafford sewaktu perlawanan Tottenham Hotspur pada minggu 12.

Pemain bola sepak berumur 37 tahun itu kemudian kembali berlatih dengan skuad utama.

Ronaldo dalam temu bual pada hari Isnin (14 Nov) menyatakan bahawa beliau berasa dikhianati oleh Manchester United dan mendakwa Ten Hag sedang memaksa beliau keluar daripada kelab tersebut.

Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu berada di Manchester United buat kali kedua selepas bermain untuk Real Madrid dan Juventus buat beberapa musim.

Ronaldo menjadi pemain pertama untuk mendapat 700 gol bagi kelabnya bulan lalu apabila dia menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana dengan Everton.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan