Manchester United tiba di Kuala Lumpur, siap sedia berdepan ASEAN All-Stars
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Shekhinah)
KUALA LUMPUR: Kelab Liga Perdana England (EPL) Manchester United selamat tiba di ibu kota Malaysia pada Isnin (26 Mei) menjelang aksi persahabatan menentang ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu.
d
Ketibaan skuad Red Devils bimbingan Rubern Amorim dengan 32 pemain yang terlibat dalam siri jelajah pascamusim itu disambut meriah peminat tegar yang mula berkampung di sebuah hotel sejak 5.00 petang tadi.
Antara pemain terlibat Andre Onana, Altay Bayindir dan Tom Heaton yang bermain di posisi penjaga gol.
Pemain yang bermain di posisi pertahanan membabitkan Harry Amass, Dan Armer, Diogo Dalot, Matthijs de igt, Patrick Chinazaekpere Dorgu, Jonny Evans, Tyler Fredricson, Ayden Heaven, Jaydan Kamason, Godwill Kukonki, Harry Maguire, Reece Munro dan Luke Shaw.
Sementara Casemiro, Toby Collyer, Bruno Fernandes, Tyler Fletcher, Sekou Kone, Kobbie Mainoo, Jack Moorhouse, Mason Mount, Jim Thwaites dan Manuel Ugarte bermain di posisi tengah.
Pemain di posisi penyerang pula terdiri daripada Alejandro Garnacho, Amad, Rasmus Hojlund, Shea Lacey, Chido Obi, dan Joshua Zirkzee.
Kali terakhir Manchester United beraksi di Malaysia ialah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di SNBJ.
Awal dari itu, pasukan tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 6.30 petang selepas perlawanan terakhir EPL musim 2024/2024 dengan kemenangan ke atas Aston Villa 2-0 pada Ahad.
Juara EPL sebanyak 13 kali itu juga akan berkunjung ke Hong Kong untuk menentang pasukan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei ini.
Lima pemain skuad kebangsaan Malaysia akan menyertai ASEAN All-Stars bagi aksi menentang United iaitu Muhammad Azam Azmi Murad (Terengganu FC), Muhammad Adib Abdul Ra’op (Penang FC), Muhammad Haziq Nadzli (Perak FC), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC) dan Sergio Aguero (Sri Pahang FC).
Mereka akan berada di bawah bimbingan jurulatih Kim Sang Sik dari Korea Selatan yang membawa Vietnam menjuarai Kejohanan ASEAN 2024.

Sumber : Bernama/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.