Manchester United sekat 685 akaun tiket susuli tindakan ke atas penjualan semula secara haram
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: REUTERS/Scott Heppell)
- Manchester United menyekat 685 akaun tiket dan memberi amaran kepada 464 penyokong selepas siasatan terhadap penyalahgunaan dan penjualan semula tiket secara haram.
- Siasatan bermula Julai mendapati 1,617 akaun menunjukkan aktiviti luar biasa, namun hanya kes serius dikenakan larangan penuh.
- Kumpulan penyokong The 1958 membantah tindakan kelab, mendakwa hukuman terlalu keras dan tidak adil kepada penyokong setia.
- Kelab menegaskan tindakan ini penting untuk keselamatan, akses adil kepada tiket, dan membanteras rangkaian penjualan tiket haram.
ENGLAND: Manchester United menyekat 685 akaun tiket dan memberi amaran atau mengenakan hukuman lebih ringan ke atas 464 lagi penyokong menyusuli tindakan tegas sepanjang musim panas terhadap penyalahgunaan tiket dan penjualan semula tiket secara haram.
Kelab Liga Perdana England itu menyatakan siasatan yang dilancarkan pada Julai mendapati 1,617 akaun menunjukkan aktiviti luar biasa dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Namun, larangan terhadap pemegang tiket semusim hanya dikenakan dalam kes yang melibatkan penyalahgunaan serius sistem tiket untuk mendapatkan keuntungan kewangan.
Ratusan kes ditutup tanpa sebarang hukuman selepas para penyokong memberikan maklumat untuk menjelaskan aktiviti yang dipersoalkan, kata kelab itu pada Jumaat. Penyokong lain pula diberi amaran atau dikenakan sekatan tertentu dalam urusan memindahkan tiket kepada orang lain dan permohonan tiket bagi perlawanan di padang lawan.
"Prinsip utama kelab mengenai tiket adalah mudah: memastikan penyokong kami selamat, memastikan penyokong sebenar Manchester United mendapat akses yang adil kepada tiket, serta menangani penjualan semula tiket secara haram, penyalahgunaan dan aktiviti untuk mendapatkan keuntungan kewangan," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Kumpulan penyokong Manchester United, The 1958, akan mengadakan bantahan menjelang perlawanan setempat menentang Manchester City pada Ahad. Kumpulan itu mendakwa tindakan kelab dalam menangani penjualan semula tiket secara haram terlalu keras.
"Manchester United mengenakan hukuman dan larangan terhadap penyokong setia yang sudah menyokong kelab ini sejak beberapa generasi tanpa bukti yang jelas dan kukuh," kata kumpulan itu dalam satu catatan di X.
"Pemilik kelab ini mahu menyingkirkan para penyokong yang sudah sekian lama hadir ke perlawanan. Strategi mereka jelas. Ini satu usaha untuk menyingkirkan mereka!
"Jika terdapat bukti jelas dan kukuh mengenai salah laku serius atau kegiatan terancang menjual semula tiket secara haram, tunjukkan bukti itu. Tiada penyokong setia harus dianggap bersalah tanpa diberikan peluang yang adil untuk memahami dan mencabar tuduhan terhadap mereka."
Manchester United bagaimanapun menegaskan bahawa operasi tersebut berjaya membongkar rangkaian terancang yang memperdagangkan tiket menerusi ratusan akaun.

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.