Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim dilantik sebagai ketua jurulatih Manchester United, umum kelab itu pada Jumaat (1 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
ANKARA: Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim dilantik sebagai ketua jurulatih Manchester United, umum kelab itu pada Jumaat (1 Nov).
Agensi berita Anadolu melaporkan, jurulatih berusia 39 tahun itu akan memimpin pasukan tersebut bermula 11 November dan akan bersama Red Devils sehingga Jun 2027.
Ruud van Nistelrooy akan meneruskan tugasnya sebagai pengurus sementara sehingga ketibaan Amorim.
Manchester United pada Isnin (28 Okt) memecat pengurus dari Belanda, Erik ten Hag, selepas kekalahan terbaharu mereka pada hujung minggu lalu.
Dilantik pada April 2022, Ten Hag telah membantu Manchester United menjulang dua trofi domestik iaitu Piala Liga pada 2023 dan Piala FA pada 2024.
Ketua Jurulatih Sporting Lisbon Ruben Amorim, yang pernah menjalani latihan selama seminggu di Manchester United semasa era Jose Mourinho antara 2016 dan 2018, memenangi dua gelaran liga Portugal bersama Sporting Lisbon pada musim 2020-2021 dan 2023-2024, selepas setahun bersama Braga, satu lagi kelab Portugal.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.