Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester United kalahkan Real Betis 4-1

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester United kalahkan Real Betis 4-1

Gambar: Darren Staples / AFP

MANCHESTER: Manchester United bangkit daripada kekalahan memalukan di tangan Liverpool dengan menumpaskan Real Betis 4-1 dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Europa.

United menyamai rekod kekalahan terbesar dan terburuk mereka sejak tahun 1931 apabila kalah 7-0 di Anfield pada Ahad lalu.

Pengendali kelab Manchester United Erik ten Hag menurunkan kesebelasan utama yang sama pada aksi Eropah di Old Trafford itu dan ternyata percaturannya membuahkan hasil.

"Anda lihat bagaimana reaksi pasukan selepas kekalahan. Ini bukan kali pertama musim ini, saya rasa sudah lima atau enam kali kami bangkit.

"Pasukan ini mempunyai watak sendiri, jadi satu pujian buat mereka," kata Ten Hag.

Penyerang Marcus Rashford membuka jaringan dahulu tetapi Betis menyamakan kedudukan menerusi pemain Ayoze Perez.

Dua bintang United yang mendapat kritikan paling teruk sejak beberapa hari lalu, tampil cemerlang dalam babak kedua.

Antony melencongkan bola untuk kembali meletakkan United di depan sebelum Bruno Fernandes, yang Ten Hag letakkan sebagai kapten sekali lagi, menanduk masuk sepakan sudut Luke Shaw.

"Bruno amat cemerlang hari ini. Dia menerajui pasukan dari minit pertama, menetapkan corak permainan dan menjaringkan gol, jadi saya amat gembira," kata pengendali dari Belanda itu.

Wout Weghorst kemudian menjaringkan gol keduanya selepas 15 penampilan untuk United ketika permainan tinggal hanya enam minit.
Sumber : AFP/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan