Manchester United ingin ambil Reuben Amorim sebagai pengurus baharu selepas Erik ten Hag dipecat
Anggaran Waktu Membaca:

Ruben Amorim. (Gambar: PATRICIA DE MELO MOREIRA / AFP)
LONDON: Ketua jurulatih Sporting CP, Ruben Amorim, kian hampir menggantikan Erik ten Hag, yang dipecat pada Isnin (28 Okt), selaku pengurus baharu Manchester United.
Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano, melaporkan The Red Devils dijangka membayar klausa pelepasan bernilai 10 juta pound (S$14.3 juta) untuk mendatangkan pengendali berbangsa Portugis itu.
Sporting juga mengesahkan sudah berbincang dengan United mengenai pelantikan Amorim sebagai pengurus baharu pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan.
Amorim dilaporkan sudah bersetuju untuk menduduki kerusi panas itu di Old Trafford.
Untuk rekod, Amorim ketika ini sedang memacu Sporting menduduki tangga teratas Primeira Liga dengan rekod bersih sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan.
Berusia 39 tahun, Amorim adalah salah seorang jurulatih muda yang terkenal di Eropah.
Sebelum ini, Amorim pernah disebut-sebut bakal menjadi pengurus Liverpool selepas pengunduran Jurgen Klopp tahun ini.
Namun Liverpool memilih Arne Slot.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.