Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City tundukkan Everton 2-0

Anggaran Waktu Membaca:
LIVERPOOL: Dua gol lewat meningkatkan peluang Manchester City untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara UEFA selepas pasukan itu mengalahkan Everton 2-0.

Kemenangan itu membolehkan Manchester City naik ke tangga keempat dalam EPLpada Sabtu (19 Apr), manakala Aston Villa mengalahkan Newcastle United.

Jaringan gol dari Nico O'Reilly dan Mateo Kovacic pada saat-saat akhir memberi kemenangan kepada Man City dan menaikkan kedudukan pasukan itu di atas Nottingham Forrest.

Man City meraih 58 mata dari 33 perlawanan dan kini berada satu mata di belakang Newcastle dan satu mata di hadapan Forest.

Aston Villa kini berada di tangga keenam selepas mengalahkan Newcastle 4-1.

City akan melawan Villa dalam perlawanan pada Selasa (22 Apr).

Liverpool berpeluang merangkul kejuaraannya yang ke-20 pada Ahad (20 Apr) jika ia berjaya menewaskan Leicester City dan Arsenal pula kalah mengejut di tangan Ipswich Town yang kini di tangga ke-18.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan