Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City naik ke tangga kedua liga selepas menang 3-2 ke atas Newcastle United

Anggaran Waktu Membaca:
UNITED KINGDOM:
Manchester City menang secara dramatik 3-2 ke atas Newcastle United dalam hujung minggu ke-21 Liga Perdana England di Stadium St James Park pada Sabtu (13 Jan).

Kevin De Bruyne yang kembali beraksi selepas berehat karena kecederaan, menyumbang satu gol dan mengumpan satu satu lagi gol ketika menentang Newcastle.

Kemenangan 3-2 itu membawa City naik ke tempat kedua liga dengan 43 mata dari 20 perlawanan.

City hanya berada dua mata di belakang Liverpool di persada liga.

Newcastle pula susut ke tempat ke-10 dengan 29 mata selepas kalah tiga kali kalah berturut-turut.

Newcastle bagaimanapun sempat membolosi pintu gol City dua kali.

Bernardo Silva membuka tirai jaringan untuk Manchester City pada minit ke-26.

Dua menit kemudian, Phil Foden nyaris gandakan jumlah gol.

Malangnya, sepakannya dari dalam kotak penalti tersasar.

Alexander Isak kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-35.

Pada menit ke-37, Anthony Gordon menambah keunggulan Newcastle melalui tendangan melengkung yang masuk ke gawang Ortega.

Babak pertama berakhir dengan keunggulan tuan rumah 2-1.

Dalam babak kedua,Manchester City meningkatkan tekanan sejak dari awal lagi.

Pep Guardiola kemudian memasukkan Kevin De Bruyne untuk menggantikan Bernardo Silva pada minit ke-69.

Lima minit kemudian, De Bruyne menghasilkan gol kedua City.

Sejurus sebelum wisel penamat, Oscar Bobb menyempurnakanhantaran De Bruyne.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan