Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali kelima

Anggaran Waktu Membaca:
 Manchester City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali kelima

Arsenal tewas 1-0 dalam perlawanannya di Nottingham Forest pada 20 Mei 2023. (Gambar: Darren Staples / AFP)

LONDON: Manchester City muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris buat kali kelima sepanjang enam musim, tanpa perlu beraksi dalam sebarang perlawanan.

Ini selepas Arsenal tewas 1-0 dalam perlawanannya di Nottingham Forest awal pagi tadi.

Arsenal yang sebelum ini mendahului kelab City sebanyak lapan mata sejak pertengahan Mac lalu, perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata dalam perlawanannya menentang Nottingham Forest demi memastikan kedudukannya dalam tangga Liga tidak diatasi City.

Namun pasukan itu gagal mempertahankan kedudukannya apabila dikalahkan Nottingham Forest, lapor Reuters.

Kemenangan Nottingham Forest juga memastikan mereka kekal dalam Liga Perdana Inggeris pada musim depan.
Sumber : Reuters/HA/nk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan