Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Manchester City kalahkan Chelsea 1-0, kutip tiga mata berharga

Anggaran Waktu Membaca:
Manchester City kalahkan Chelsea 1-0, kutip tiga mata berharga

Gambar: Glyn KIRK / IKIMAGES / AFP

LONDON: Kelab bola sepak Manchester City meraih tiga mata berharga untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana England (EPL), Arsenal.

Kemenangan bermakna itu diraih The Citizens selepas mengalahkan Chelsea 1-0 di Stamford Bridge pada Jumaat (6 Jan).

Prestasi Manchester City hambar pada separuh pertama, namun lebih menyerlah selepas waktu rehat dengan gandingan pemain gantian, Jack Grealish dan Riyad Mahrez.

Kemasukan mereka membuahkan hasil apabila Mahrez menjaringkan gol tunggal pada minit ke-63.

The Blues yang dibimbing Graham Potter menguasai perlawanan sepanjang 45 minit pertama, namun City ampuh bertahan.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka jauh lebih baik pada separuh kedua.

"City bergelut pada babak pertama. Kami leka, perlahan dan tanpa tempo, namun di separuh kedua jauh lebih baik. Tiga mata ini sangat penting.

"Kami akan terus berusaha. Selepas ini Piala FA, Piala Liga dan kemudiannya Old Trafford," ujar Guardiola.

Menerusi kemenangan itu, The Citizens mengumpul 39 mata untuk menghuni tangga kedua ketinggalan lima mata dengan pendahulu, Arsenal yang memperoleh 44 mata.

Chelsea sekali lagi berdepan City dalam aksi pusingan ketiga Piala FA di Etihad pada awal pagi Isnin nanti.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan